Sukan Hari Ini

Amaran Siam

Johor Bahru: Pasukan Thailand All Star yang mendominasi podium Harian Metro Mountain Bike (HMMTB) Grand Prix 2016 sejak awal sirkit yakin mampu menakluk podium pada edisi kali ini dan percaya gelaran selaku juara keseluruhan bakal menjadi milik mereka.

Pengurus Thailand All Star Norazman Razali berkata, mereka mempertaruhkan lima pelumba dalam kategori Junior Master, Men Master dan Women Open.

“Bagi Women Open kami menghantar dua pelumba iaitu Supuksorn Nuntana yang juga pelumba kebangsaan Thailand yang memegang rekod kejuaraan di Kulim, Kedah dan Port Dickson selain Sarocha Kamonlakhon yang juga pelumba kebangsaan Thailand bagi kategori junior yang mendapat tempat ketiga di Kulim dan tempat kedua di Port Dickson.

“Manakala bagi kategori Men Senior Master, kami menyasarkan juara keseluruhan menerusi Prasert Chitmart yang sebelum ini menduduki tangga kedua di Kulim dan juara di Port Dickson.

“Bagi kategori Men Junior Master kami mempertaruhkan Surachet Sun Jui untuk menang keseluruhan selepas menang di Kulim dan Port Dickson,” katanya yang mula menghantar penyertaan sejak edisi pertama pertandingan menerusi Prasert dalam kategori Men Senior Master.

Sementara itu, saingan HMMTB 2016 di padang kawad Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai hari ini mendapat sokongan Affin Bank dan Affin Islamic sebagai penaja utama selain rakan penaja lain iaitu Honda, Polygon, Prou Maxx dan Deuter manakala Speed & Wheels sebagai media digital rasmi.

Peserta mula mendaftar dan membuat persiapan akhir di padang kawat UTM petang semalam bagi memastikan acara berlangsung dengan teratur dan mengikut jadual.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");