Sukan Hari Ini

Anfield menggerunkan

PEMAIN tengah Liverpool, Georginio Wijnaldum menyatakan Manchester City perlu rasa takut ketika berkunjung ke Anfield dalam pertemuan kedua-dua pasukan, awal pagi ini.

Menurutnya, mana-mana pasukan yang bertandang ke Anfield pasti akan dimalukan dengan jumlah jaringan yang banyak.

“Saya rasa Anfield merupakan masalah besar kepada semua pasukan. Dapat dilihat bagaimana kami bermain dan menjaringkan gol, ia pasti menakutkan City.

“Saya yakin City tidak boleh banyak bergerak selain mereka perlu berhati-hati dengan serangan balas kami,” katanya.

Liverpool setakat ini belum pernah kalah di tempat sendiri dan turut berjaya menyumbat 25 gol dalam lapan perlawanan.

“Kami juga tidak kalah dalam 16 perlawanan terakhir liga, jadi ia perlu dirisaukan oleh City,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");