Berita Hari Ini

Angin kencang, laut bergelora sehingga Ahad

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di perairan Condore, Reef North dan Layang-layang.

Katanya, cuaca itu menyebabkan angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam ( km/j) serta laut bergelora dan dijangka berterusan sehingga Ahad ini.

Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. Selain itu, ribut petir di perairan Phuket, Samui, Selat Melaka Selatan, Reef South dan Sulu serta perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah (Kudat dan Sandakan) dan Sarawak (Mukah, Bintulu dan Miri) turut dijangka berterusan sehingga lewat pagi ini.

“Cuaca itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 km/j dan laut bergelora, dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil,” katanya dalam satu kenyataan di laman web.

Sementara itu, satu gempa bumi kuat berukuran 6.4 skala Ritcher dilaporkan berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada jam 6.03 pagi ini.

Bagaimanapun, gempa yang berpusat 77 kilometer (km) di Timur Laut Banda Acheh dan 440 km dari Barat Daya Langkawi, Kedah itu tidak menyebabkan ancaman tsunami terhadap Malaysia.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");