Jenayah

Angkara tak cukup duit nak kahwin

SEREMBAN – Gara-gara tidak cukup duit untuk berkahwin, seorang lelaki nekad membuat laporan polis palsu kononnya dia menjadi mangsa samun di sebuah bank di Bandar Baru Nilai, Nilai pada 4 Jun lepas.

Bagaimanapun, tindakan Mohamad Ikhmal Ideris, 23, itu akhirnya terbongkar selepas siasatan lanjut dijalankan, lalu mengakibatkannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban, di sini, semalam.

Dia yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rahimah Rahim kemudian didenda RM600.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara selama sebulan sekiranya gagal membayar denda ditetapkan.

Difahamkan, tertuduh berbuat demikian disebabkan mahu meminta pertolongan bapanya untuk menambah duit bagi menampung perbelanjaan perkahwinan yang dijadualkan berlangsung pada 20 Ogos lepas.

Justeru, tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Sebelum itu, tertuduh merayu dikenakan hukuman berbentuk denda paling minimum dengan alasan perlu menanggung isteri dan bapa yang turut menghidap masalah jantung.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Soo Kok Weng manakala tertuduh tidak diwakili peguam semasa prosiding dijalankan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");