Berita Hari Ini

Aplikasi mudah alih MARDI saluran baru info tani

Serdang: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) melancarkan Aplikasi Mudah Alih Sektor Pertanian bagi memudahkan penyampaian dan pemindahan teknologi pertanian terus kepada pengguna.

Pelancaran disempurnakan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak sempena MAHA 2016 di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang (MAEPS), di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Nogeh Gumbek.

Dr Salleh berkata, ada lapan aplikasi mudah alih iaitu MARDI Teknovasi, MARDI OPF, MARDI MyJagung, MARDI MyKompos, MARDI MyOnFarmFruits, MARDI MyPerosakPadi, MARDILembu Brakmas dan MARDI My Jagung Manager.

“Aplikasi ini saluran penyampaian daripada penyelidik kepada pengguna dengan menggunakan teknologi telefon bimbit mudah alih.

Aplikasi itu boleh dimuat turun secara percuma di ‘Google Play Store’ dan AppStore dengan menaip MARDIApps di enjin carian telefon bimbit,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");