Membawang Hari Ini

Arca Musica mahu serius dalam industri

BAND yang mahu dikenali sebagai Arca Musica mengakui mahu serius dalam memberikan komitmen terbaik, andai diberi peluang dalam dunia seni secara profesional.

Meskipun kumpulan ini baru sahaja ditubuhkan pada pertengahan tahun ini, namun itu bukan alasan besar buat empat anggotanya, Apih (vokalis), Kamal (gitaris pertama), Shahrul (gitaris kedua) dan Imran (percussion) untuk terus menggapai cita-cita.

Apih selaku vokalis kumpulan ini mengakui, biarpun masih ‘hijau’ untuk sebaris dengan kumpulan muzik senior, namun mereka sepakat membawa nama kumpulan ini pada tahap yang boleh dibanggakan.

“Jujurnya pada awal penubuhan, kami mempunyai lima ahli, namun atas kekangan tertentu, kami berempat membawa perjuangan band ini,” katanya.

Ditanya mengenai penubuhan band ini, Apih memberitahu, penubuhan Arca Musica adalah idea bersama rakan sekampus.

“Kami merupakan pelajar jurusan muzik dari UiTM Shah Alam. Jadi pada pertengahan tahun lalu, kampus kami menganjurkan majlis dan ia termasuk dalam projek muzik kami. Ada yang memberi idea untuk kami bergabung menubuhkan satu kumpulan muzik dengan serius.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini, persembahan pentas mereka hanya berskala kecil tetapi boleh dianggap sebagai penanda aras terbaik untuk lebih berjaya.

“Kata orang tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu,” katanya.

Pada masa sama, Apih atau nama sebenarnya Muhammad Hafizuddin Abdullah turut bergiat aktif sebagai penyanyi solo selain pertunjukan silap mata yang dilakukan sejak sembilan tahun lalu.

“Kiranya selain menyanyi, ini juga menjadi antara sumber rezeki, Alhamdulillah,” ujar pemuda berusia 20 tahun ini lagi.

Menurutnya, jika bercuti panjang, dia banyak membuat persembahan pentas di negeri kelahirannya, Terengganu.

Ditanya mengenai siapakah idolanya dalam bidang muzik, anak bongsu dari tujuh beradik ini menjadikan penyanyi Aweera sebagai rujukannya.

“Hala tuju muzik kami lebih terarah kepada slow rock dan balada. Saya sangat kagumi penyanyi Aweera kerana bagi saya, dia mampu menyanyikan apa sahaja jenis lagu dengan baik.

Selain itu, dia juga berkebolehan di dalam mengalunkan lagu bernada tinggi.

“Siapa tahu nanti saya juga boleh menjadi sepertinya.

“Berbekalkan doa dan usaha yang berterusan, saya pasti, setiap impian yang kita tanam itu akan mampu untuk direalisasikan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");