Membawang Hari Ini

Artis dan kelab peminat

ARTIS dan peminat memang tidak dapat dipisahkan. Bagi artis, peminatlah tulang belakang dan nadi kepada perjuangan mereka selama ini.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kelab peminat artis dilihat semakin aktif. Tidak hanya penyanyi malah pelakon juga mempunyai kelab peminat yang boleh Gempal katakan sebagai die hard fan.

Ada sahaja aktiviti kelab peminat yang diadakan untuk menyatakan sokongan mereka terhadap idola mereka.

Kalau dulu, Gempal tengok kelab peminat Datuk Siti Nurhaliza (Siti Zoners) sahaja yang paling aktif, tetapi sekarang dah banyak kelab peminat.

Ayda Jebat, Neelofa, Fattah Amin, Emma Maembong dan beberapa artis lagi antara yang mempunyai kelab peminat yang begitu aktif.

Kelab peminat ini sangat membantu pencapaian artis hari ini. Mana tidaknya, apa yang boleh Gempal katakan, kebanyakan anugerah pasti datang daripada undian peminat.

Paling Gempal teruja, saat menonton program Gegar Vaganza apabila kebanyakan artis lama yang menyepi sebelum ini sebenarnya masih mempunyai peminat setia.

Dalam apa juga keadaan, kelab peminat inilah yang akan menyokong ‘ketat’ artis kegemaran mereka.

Kalau dalam konsert, majlis anugerah, peminatnya yang akan menjerit nama artis kegemaran mereka.

Bukan hanya jeritan, malah mereka sanggup berhabis duit untuk membuat sepanduk, baju T dan pelbagai aksesori lain demi artis kesayangan mereka.

Gempal lihat, inilah kayu pengukur kejayaan artis. Kalau sebelum ini, artis yang punya bakat tanpa populariti boleh diangkat dan dijulang, namun kini dah terbalik.

Sesetengah artis yang Gempal tengok, bakat mereka tidak seberapa, tetap hubungan baik dengan dan rasa hormat mereka terhadap peminat membuatkan mereka juga dijulang.

Akhirnya dengan sokongan padu peminat, artis yang kurang bakat ini terus mendapat tempat dalam industri.

Jadi, kepada semua artis sama ada baru atau lama, Gempal sarankan selalu-selalulah berinteraksi dengan peminat anda. Hargailah pengorbanan peminat anda.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");