Berita Hari Ini

ASEAN perlu tegas selesai isu Rohingya

KUALA LUMPUR 26 Dis. – Dasar tidak campur tangan ASEAN terhadap isu domestik negara anggotanya tidak seharusnya menjadi alasan pertubuhan serantau itu berdiam diri berhubung isu penindasan etnik Rohingya di Myanmar.

Duta Khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke Myanmar, Tan Sri Syed Hamid Syed Albar berkata ia juga bukanlah isu dalaman Myanmar semata-mata, sebaliknya membabitkan soal kemanusiaan.

Katanya, ASEAN tidak boleh membiarkan penganiayaan yang dilakukan terhadap etnik minoriti Islam itu berterusan tanpa berbuat apa-apa kerana ia jelas turut membabitkan negara anggota yang lain.

“Isu Rohingya yang mencetuskan krisis kemanusiaan serantau perlu segera ditangani pertubuhan serantau 10 negara anggota bagi mengelakkan ia terus menjadi duri dalam daging ASEAN.

“Kerajaan perlu lebih peka berikutan diskriminasi terhadap etnik itu, termasuklah tidak mendapat perlindungan keselamatan dan kebajikan sewajarnya,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Serahan Sumbangan Kepada Komuniti Rohingya di Sekolah Rohingya Pelangi Kasih di sini, hari ini.

Sementara itu, Syed Hamid memberitahu, kerajaan disaran menubuhkan satu pendaftaran khusus bagi masyarakat Rohingya di Malaysia bagi memudahkan saluran bantuan perubatan dan pendidkan serta menyelesaikan masalah jenayah.

Katanya, walaupun kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi pelarian (UNHCR) sudah ada, namun kad itu tidak merangkumi segala maklumat peribadi dan mempunyai had tersendiri.

“Seramai 50,000 telah mendaftar di bawah UNHCR tetapi jika ada masalah ada melibatkan jenayah melibatkan komuniti itu sukar untuk kita selesaikannya berikutan tidak mempunyai data peribadi lengkap mereka,” katanya.

– UTUSAN ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");