Jenayah

Asrama musnah terbakar

Alor Setar: Asrama di Pondok Pengajian Bukit Ko’bah, Pendang musnah dalam kebakaran malam tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Pegawai Bomba Kanan I Ramlan Mohd Ariff berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada 9.51 malam dan bergegas ke lokasi bersama tujuh anggota dan pegawai.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati kebakaran membabitkan asrama pondok pengajian dan api sudah dipadamkan oleh Pasukan Bomba Sukarela Tanah Merah.

“Bangunan asrama kelas A berkeluasan 12.2 meter x 18.3 meter itu musnah 90 peratus, namun tiada mangsa terbabit,” katanya di sini.

Beliau berkata, operasi memadam kebakaran itu turut disertai 14 anggota bomba sukarela Seberang Nyonya, Simpang 4 Rangkaian dan Tanah Merah.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");