Panasnya Hari Ini

Atasi Politik Kebencian Terhadap Pemimpin UMNO

KUALA LUMPUR:Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menegaskan bahawa politik kebencian melampau terhadap kerajaan dan pemimpin UMNO yang diterapkan pihak parti pembangkang kepada rakyat hanya akan merosakkan sistem nilai dan amalan demokrasi di negara ini.

Memetik sumber Astro Awani, ujarnya kebencian melampau jika tidak dikekang dikhuatiri akan merencatkan semangat perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum dan menjejaskan kestabilan negara.

“Walaupun sebahagian besar terutama orang Melayu tidak terpengaruh dengan perbuatan tersebut tetapi sedikit sebanyak ia boleh menghakis kebergantungan rakyat kepada sistem sedia ada.

“Kebencian melampau yang diterapkan menerusi serangan propaganda dan persepsi terhadap pemimpin UMNO terutama membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan sesuatu yang serius,” tegasnya menerusi catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya pada Jumaat.

Jelasnya, pembangkang memainkan sentimen fitnah dan merekakan pelbagai cerita yang tidak ada untuk memburukkan pemimpin UMNO supaya tercetus kegelisahan dan kebencian umum.

“Dengan bantuan media sosial, sasaran fitnah terutama terhadap Najib telah diperbesarkan seolah-olah apa sahaja yang dilakukan Perdana Menteri tidak memberi sebarang manfaat kepada rakyat dan negara.

“Saya kecewa dan amat sedih kerana apa sahaja dilakukan oleh Najib yang juga Presiden UMNO telah ditafsirkan secara negatif yang sarat dengan andaian dan persepsi jahat.

“Memang asasnya adalah satu pembohongan, dusta dan fitnah tetapi apabila disensasikan secara terancang, akhirnya ia dilihat seolah-olah sebagai satu kebenaran,” tegasnya

Tegas Syed Ali lagi, Najib tidak akan melakukan sesuatu keputusan atau dasar sama ada membabitkan negara dan parti secara berseorangan malah terlebih dahulu mendapat pandangan serta keputusan secara kolektif.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");