Sukan Hari Ini

Aubameyang hadapi saingan Mahrez, Mane

PARIS: Bintang Gabon dan Borussia Dortmund, Pierre-Emerick Aubameyang, berpeluang untuk mengekalkan status sebagai pemain terbaik Afrika selepas namanya termasuk dalam senarai tiga terakhir.

Penyerang kelahiran Perancis berusia 27 tahun itu akan bersaingan dengan pemain sayap Algeria dan Leicester City, Riyad Mahrez serta bintang Liverpool dari Senegal, Sadio Mane, untuk merangkul anugerah itu.

Pemain Mesir dan Roma, Mohamed Salah dan Islam Slimani dari Leicester pula gagal untuk berada dalam senarai akhir selepas berada dalam senarai lima terakhir sebelum ini.

Pemenang akan diumumkan dalam satu majlis di Abuja, Nigeria pada 5 Januari ini. Kemenangan Aubameyang pada tahun lalu menyaksikan dia menamatkan dominasi pemain tengah Ivory Coast, Yaya Toure yang memenangi trofi dalam tempoh empat tahun berturut-turut.

Mahrez juga memiliki peluang besar selepas menikmati musim yang menakjubkan pada 2016 apabila membantu Leicester memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris.

Pemain tengah Zambia, Rainford Kalaba, penyerang Zimbabwe Khama Billiat dan penjaga gol Uganda, Denis Onyango adalah tiga p

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");