Sukan Hari Ini

Bakri: Selesai segera kemelut FAS

PEMERHATI bola sepak dan juga bekas pemain kebangsaan, Bakri Ibni melihat Selangor semakin menuju zaman kehancuran ekoran keadaan huru-hara yang berlaku dalam Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) ketika ini.

Sikap pentingkan diri sendiri selain penglibatan ahli politik dalam FAS menjadi punca kepada kemelut yang sedang berlaku dalam badan induk negeri itu.

“Dalam pembentukan pasukan dan organisasi bola sepak, ada dua perkara penting yang memainkan peranan iaitu teknikal dan pengurusan (orang politik).

“Teknikal ini yang akan membentuk pasukan dan segalanya mengenai bola sepak termasuk hal pemain, manakala pengurusan pula bertindak mencari dana.

“Pada zaman bola sepak moden, kedua -dua perkara ini memainkan peranan penting, namun, mestilah ada batasnya. Maknanya kalau pengurusan itu tidaklah boleh melangkaui bidang tugas iaitu masuk campur dalam bidang teknikal,” katanya.

Namun, berbeza dengan situasi dalam FAS ketika ini apabila pengurusan tetap ingin masuk campur dalam pembentukan pasukan.

“Zaman saya dahulu ketika membimbing Perlis, pengurusan tidak akan masuk campur dan hanya menyerahkan kepada bidang teknikal yang sememangnya terlibat dalam bola sepak.

“Tetapi zaman sekarang sudah lain, yang jadi penaja pun nak masuk campur, yang di bahagian pengurusan pun sama. Kerana itu, jadi kucar kacir,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mendesak agar FAS segera menyelesaikan masalah tersebut agar pasukan The Red Giants dapat beraksi dalam Liga Malaysia musim depan tanpa sebarang masalah.

“Kalau nak minta pendapat, kami selaku bekas pemain sedia memberikan pandangan. Nasihat kami kalau nak pilih Exco dalam persatuan, cari mereka yang memang pernah berkecimpung dalam sukan bola sepak,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");