Membawang Hari Ini

Bapa Jasmin Hamid meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Selepas enam bulan ibu kesayangan pergi menghadap Ilahi, pelakon Jasmin Hamid diuji lagi apabila bapanya pula meninggal dunia, kira-kira jam 11 pagi, Ahad lalu.

Ternyata, tahun 2016 yang bakal berlabuh tidak lama lagi, meninggalkan kesan mendalam kepada Jasmin dan adik beradiknya yang lain atas kehilangan ibu-bapa dalam tempoh singkat.

Jasmin berkongsi kesedihan pemergian bapa yang dipanggil ‘Baba’ pada laman Instagram.

“Sekali lagi, kami diuji dengan kehilangan orang tua yang dipanggil pulang oleh penciptaNya. Baba mula sakit selepas pemergian Mama tercinta pada 26 Mei lalu.

“Kami sekeluarga amat bersyukur kerana Baba pergi dengan mudah dan tenang. Kami sekeluarga juga reda dengan ketentuan Allah yang memanggil pulang kedua ibu bapa kami pada tahun ini,” luahnya.

Jasmin mewakili ahli keluarganya yang lain mengucapkan terima kasih kepada sanak saudara dan kenalan yang menghulurkan salam takziah serta menziarah arwah.

“Tidak lupa kepada Institut Perubatan Respiratori (IPR) termasuk doktor dan jururawat yang sabar merawat Baba ketika hayatnya. “Terima kasih juga kepada Masjid Al Falaq dan Tanah Perkuburan USJ 22 yang menguruskan jenazah Baba.

“Sebagai anak sulung, saya mohon maafkan segala kesalahan Baba. Halalkan makan minumnya. Jika Baba ada berhutang dengan sesiapa, beri masa untuk saya selesaikan supaya arwah Baba tenang di sana,” katanya.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");