Sukan Hari Ini

Bayar tunggakan gaji elak pemain hilang fokus

Kuala Lumpur: Kelab Penyokong Bolasepak Selangor (SSFC) mahu pengurusan bertanggungjawab ke atas pembayaran gaji pemain segera menyelesaikan tunggakan gaji serta bonus kepada semua anggota pasukan musim ini.

Presiden SSFC Haniff Rana Manzoor berkata, langkah segera itu amat penting untuk memastikan fokus pemain tidak terganggu ketika kempen Liga-M hanya tinggal tiga minggu untuk bermula.

Selain itu, ia juga bagi menjaga nama dan imej skuad Red Giants daripada terus tercemar dengan isu berkenaan.

“Kami penyokong setia Merah Kuning mahu isu gaji dan bonus pemain diselesaikan segera kerana perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

“Kebajikan pemain harus dibela dan kami sebagai penyokong amat kecewa dengan isu berkenaan,” katanya pada sidang media di Shah Alam, semalam.

Arena Metro sebelum ini mendedahkan, rungutan beberapa pemain utama Selangor yang mendesak pengurusan lama menyelesaikan tunggakan gaji bagi November dan dua bonus yang dijanjikan sebelum ini.

Menurut pemain, kelewatan pembayaran gaji jelas mengganggu persediaan keluarga yang mahu membeli kelengkapan dan alatan persekolahan anak mereka.

“Bagaimana pihak pengurusan boleh terlepas pandang mengenai isu ini. Sepatutnya sebelum berjanji (bonus separuh akhir dan final Piala Malaysia) mereka sudah faham apa yang mereka buat.

“Jadi pengurusan perlu mengotakan janji mereka kepada pemain dengan segera. Jangan abaikan kebajikan pemain yang sudah berkorban banyak masa dan kudrat demi pasukan,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");