Berita Hari Ini

Bayaran PDP MRT hanya RM750j, bukan RM7b

KUALA LUMPUR: MMC Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd, hari ini memaklumkan bayaran Rakan Kongsi Pelaksana Projek (PDP) Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang hanya berjumlah kira-kira RM750 juta dan bukannya RM7 bilion seperti yang didakwa Rafizi Ramli Syarikat itu berkata, jumlah itu hanya enam peratus daripada sebahagian projek pembinaan MRT bertingkat dan PDP tidak membabitkan pembinaan bawah tanah.

Katanya, pembayaran juga hanya akan dibuat dengan syarat pelaksanaan projek itu dilakukan tepat pada masa dan mengikut bajet yang ditetapkan.

“Sehubungan itu, dakwaan Rafizi mengatakan bayaran PDP adalah sebanyak RM7 bilion adalah tidak tepat.

“Kos pembinaan MRT adalah sebanyak RM21 bilion, bagaimanapun ia tidak termasuk kos lain antaranya perunding kejuruteraan, juruukur bahan, kerja sistem integrasi, siasatan di tapak pembinaan, kaji selidik topografi dan bayaran PDP,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam perkembangan lain, syarikat itu berkata, jumlah RM40 bilion untuk pembinaan tiga laluan MRT adalah cadangan konsep yang dibuat pada tahun 2010 dan berdasarkan harga pada tahun 2009.

Katanya, jumlah itu juga tidak termasuk kos pengambilalihan tanah dan tren elektrik.

“Pembinaan MRT 1 dan 2 ketika ini adalah lebih panjang dan mempunyai lebih banyak stesen, sekali gus meningkatkan kos pembinaannya.

“Cadangan konsep itu asalnya mahu membina ketiga-tiga laluan secara serentak.

“Namun, ketika ini, pembinaan projek ini dibuat secara berperingkat dan ini menyebabkan kos pembinaan menjadi lebih tinggi,” katanya.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");