Sukan Hari Ini

Bekas Pemain Dakwa Jadi Mangsa Seks Di Southampton

BEKAS pemain Southampton, Dean Radford dan Jamie Webb mendakwa dijadikan mangsa serangan seksual oleh bekas majikan mereka.

Beberapa pemain lain turut tampil mendakwa mereka turut mengalami nasib sama semasa berada di kelab itu.

Southampton berkata mereka sedia bekerjasama dalam siasatan polis.

Sebagai ahli pasukan pembangunan pemain, Radford akan bermalam di Southampton pada hujung minggu, jauh dari rumahnya yang terletak di Bristol.

Bersama dengan seorang lagi pemain, Radford mendakwa mereka terpaksa melayan nafsu kakitangan pasukan tersebut.

“Ia sesuatu yang ganjil bagi saya kerana ini adalah kali pertama saya berdepan situasi itu,” katanya.

Radford turut mendakwa menjadi mangsa serangan seksual selepas dia mengalami kecederaan belakang.

Sementara itu, Webb yang menyertai kelab tersebut ketika berusia 13 tahun menyifatkan bagaimana kanak-kanak dilatih oleh kakitangan kelab berkenaan yang meminta mereka menulis surat cinta kepadanya.

Beliau berkata pengalaman ngeri itu mencemarkan kenangannya bersama Southampton.

“Mereka mesti tahu, mereka pastinya sudah mendengar khabar angin mengenainya kerana orang lain turut mengalami mimpi ngeri itu,” katanya.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");