Berita Hari Ini

Bekukan aset, akaun bank majikan

SERAMAI 15 majikan dikenakan tindakan apabila aset dan akaun bank mereka dibekukan oleh Jabatan Imigresen kerana didapati mengupah dan melindungi pendatang asing tanpa izin (Pati).

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, daripada 15 majikan terbabit, nilai aset milik tiga orang daripadanya melebihi RM26 juta.

“Semua majikan berkenaan terlibat dalam pelbagai sektor pembinaan, hiburan, perkilangan dan perkhidmatan didapati melindungi dan bawa masuk Pati melebih lima orang.

“Buat masa ini, Jabatan Imigresen akan berbincang dengan penasihat undang-undang untuk mengadakan tindakan lanjut,” jelas Mustafar kepada Sin Chew Jit Poh.

Beliau menasihatkan mana-mana majikan yang masih mengupah dan melindungi Pati agar mendaftarkan mereka dengan segera bagi mengelak tindakan.

“Sebelum ini, majikan yang didapati bersalah dikenakan hukuman denda dan sebat, tetapi sejak akhir-akhir ini, tiada lagi hukuman sebat dikenakan. Oleh itu, saya harap mahkamah boleh meningkatkan jumlah hukuman denda terhadap majikan terbabit,” katanya.

Mulai 1 Oktober lalu, Jabatan Imigresen menguatkuasakan undang-undang pembekuan dan penyitaan terhadap aset atau akaun milik majikan industri yang menggaji atau melindungi Pati.

Pada masa sama, turut dikuatkuasakan ialah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2011 (Amla).

Sementara itu, kata Mustafar, bermula Januari hingga 26 Disember lalu, seramai 1,174 majikan ditahan kerana terbabit dalam pelbagai kesalahan termasuk melindungi, mengupah dan bersubahat dengan Pati serta menghalang pegawai imigresen ketika menjalankan tugas.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");