Membawang Hari Ini

Bella-Nazim belum sempat berbulan madu

KUALA LUMPUR: Pelakon Bella Dally, 26, mengakui kesibukan kerjaya seni menyebabkan dia dan suaminya, Nazim Othman belum sempat berbulan madu selepas mendirikan rumah tangga dua bulan lalu.

Bella atau nama penuhnya Nabilah Ali Dally berkata, sepatutnya mereka merancang berbulan madu pada bulan ini namun Nazim pula mendapat tawaran lakonan sekali gus membantutkan hasrat mereka.

“Setakat ini kami hanya sempat bercuti ala-ala ‘minimoon’ saja. Itu pun mujur ada kelapangan masa selama beberapa hari. Dapatlah kami ambil angin di Singapura untuk beberapa hari.

“Kalau ikut perancangan, sepatutnya bulan ini kami mahu ‘terbang’ jauh sedikit tetapi rancangan itu terpaksa ditangguh kerana Nazim memenuhi undangan berlakon.

“Jadi terpaksalah kami mencari tarikh yang sesuai. Saya pula jenis tidak kisah, bila-bila pun kami boleh pergi. Paling penting ketika bercuti panjang nanti kami dapat berehat sepenuhnya,” katanya kepada BH Online.

Pada masa sama, Bella berkata beliau tidak kisah untuk bercuti ke mana-mana destinasi namun mengakui sukakan suasana di Eropah malah suaminya juga mengetahui perkara berkenaan.

Sementara itu, berkongsi harapan menambah bilangan ahli keluarga, katanya mereka tidak pernah merancang kerana sudah sedia menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan bapa pada bila-bila masa.

“Kami harap semua peminat doakan yang baik-baik. Sebenarnya kami tidak mahu terlampau memikirkan soal ini kerana segala-galanya berbalik kepada rezeki. Cepat atau lambat kami terima dengan rasa syukur,” katanya.

-BH On

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");