Sukan Hari Ini

Beregu senior negara perlu konsisten

PASANGAN beregu senior negara perlu mengekalkan konsistensi dalam setiap kejohanan disertai supaya menjadi panduan dan ikutan kepada pemain muda.

Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mengakui kekalahan beregu campuran utama negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying kepada pasangan bukan pilihan dari China pada suku akhir Terbuka Macau, semalam, agak mengejutkan dan meminta pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio itu mengatasi kemerosotan prestasi mereka.

“Saya berharap pasangan senior mesti mengekalkan konsistensi mereka (dalam setiap kejohanan disertai), bersesuaian dengan kedudukan mereka selepas berakhir Sukan Olimpik Rio (Ogos lepas).

“Saya lihat pasangan kedua negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing menunjukkan persembahan cemerlang sejak kebelakangan ini, cuma saya berharap pemain senior menjadi panduan (kepada pemain muda),” katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Eksekutif Majlis Olimpik Malaysia (MOM) ke-180 di Wisma OCM, di Kuala Lumpur, hari ini.

Gandingan Peng Soon-Liu Ying, yang juga pilihan utama kejohanan Terbuka Macau, tewas mengejut 12-21, 22-20, 15-21 kepada pasangan dari China, Zhang Nan-Li Yinhui, manakala Kian Meng-Pei Jing yang merupakan pilihan ketiga, menewaskan pilihan kelapan Alfian Eko Prasetya-Annisa Saufika dari Indonesia 22-20, 24-22 pada kejohanan yang sama. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");