Isu Panas

Bincang agihan kerusi Januari 2017

AMPANG: Pucuk pimpinan Pakatan Harapan dijangka mengadakan perbincangan bersama berhubung persiapan PRU14 pada Januari depan.

Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim berkata, sepatutnya perbincangan tersebut berlangsung pada minggu lalu, namun terpaksa ditangguhkan kerana ramai pemimpin Pakatan Harapan masih bercuti.

“Kita menjangkakan PRU14 akan berlangsung pada April atau Oktober depan. Kita perlu buat persiapan awal supaya gabungan ini lebih mantap.

“Soal pembahagian kerusi juga dijangka dibincangkan dalam mesyuarat itu nanti. Amanah Selangor juga mempunyai ramai calon yang boleh diketengahkan,” katanya pada Sinar Harian ketika Program Back To School, anjuran Amanah di Ampang Saujana.

Dalam perkembangan berasingan, Izham memuji sambutan yang menggalakkan berhubung keahlian baharu parti Bersatu.

“Secara tidak langsung, Bersatu dilihat dapat mengukuhkan lagi sokongan kuat terhadap Pakatan Harapan. Saya juga dimaklumkan oleh pimpinan Bersatu, sebahagian besar yang menyertai mereka adalah bekas ahli Umno.

“Kita mahu undi tradisi Umno dan BN pecah, penyertaan Bersatu bersama Pakatan Harapan juga sangat positif,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");