Isu Panas

BR1M: Mahathir kena faham definisi rasuah

KUALA LUMPUR – Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) membuktikan kerajaan berpegang kepada prinsip bertanggungjawab membantu rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, bantuan itu diberikan secara adil kepada yang layak, termasuk mereka yang tidak menyokong kerajaan.

“Jika BR1M dikatakan satu bentuk rasuah, ia akan diberi hanya kepada mereka yang menyokong kerajaan.

“Namun, kerajaan tidak pilih kasih apabila memberikan BR1M kepada golongan sasar tanpa mengira agama, keturunan dan fahaman politik,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa BR1M adalah satu bentuk rasuah, dan dengan itu pemberiannya adalah salah di sisi undang-undang atau satu jenayah.

Abu Zahar berkata, Dr Mahathir perlu jelas dengan definisi rasuah, iaitu perbuatan yang merosakkan moral dan diberikan untuk memperoleh sesuatu kepentingan.

“Ini berbeza dengan BR1M. Walaupun jumlah yang diberikan terhad dan tidak menyelesaikan keseluruhan perbelanjaan isi rumah, namun ia dapat mengurangkan beban dan kos sara hidup rakyat.

“Kita hormati beliau (Dr Mahathir) tetapi pandangannya perlulah bersesuaian, jangan mengeluarkan kenyataan yang akhirnya menyusahkan rakyat.

“Semestinya rakyat sedar bahawa kerajaan hari ini dapat memberikan yang terbaik kepada mereka, sebab itulah kerajaan ini dipilih,” katanya sambil memberitahu bahawa soal kesejahteraan rakyat tidak sepatutnya dipolitikkan.

Abu Zahar berkata, BR1M bukannya ‘alat’ untuk meraih undi kerana ia diberikan setiap tahun dan bukan hanya menjelang pilihan raya.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");