Sukan Hari Ini

Bukan F1 saja…

Kuala Lumpur: Datuk Razlan Razali menegaskan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sama sekali tidak akan terjejas sekiranya benar kontrak penganjuran perlumbaan Formula Satu (F1) tidak disambung selepas 2018.

Jelas Ketua Pegawai Eksekutif SIC itu, pihaknya mempunyai komitmen dengan pelbagai aktiviti lain termasuk penganjuran Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) yang terus mendapat sambutan hangat dalam kalangan peminat permotoran di negara ini.

“SIC bukan beroperasi untuk F1 saja. Sebenarnya setiap hari ada saja acara dianjurkan di litar ini.

“Boleh dikatakan sepanjang tempoh setahun, 95 peratus litar digunakan.

“Mungkin ada yang kecewa apabila mendapat tahu selepas 2018 saingan F1 sudah tiada lagi.

“Tapi jangan risau kerana kami mempunyai komitmen lain termasuk saingan MotoGP yang perlu diuruskan dengan baik,” katanya.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menerusi laporan baru-baru ini menyatakan kontrak penganjuran perlumbaan berprestij itu yang tidak akan disambung selepas kontrak sedia ada tamat pada 2018.

Ia berikutan kos tinggi diperlukan bagi menganjurkan perlumbaan itu selain kurang mendapat sambutan.

Mengulas pendirian SIC berkenaan perkara itu, Razlan mempunyai jawapan tersendiri.

“Ada kebenaran mengenai pengumuman itu. Tapi kami perlu tunggu penjelasan pengurusan F1 dulu.

“Harap kami akan dapat membuat kenyataan rasmi selepas tahun baru nanti,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");