Sukan Hari Ini

Bukan makan angin

Kuala Lumpur: “Kalau mahu kalah, baik jangan pergi, duduk di Malaysia saja.”

Ia bagaikan amaran awal buat pemain yang akan beraksi pada Siri Super Akhir di Dubai dari 14 hingga 18 Disember ini bahawa Datuk Lee Chong Wei bukan sekadar mahu makan ‘angin’ saja.

Menurutnya, selepas dua edisi tidak beraksi iaitu pada tahun lalu dan 2014, dia berazam untuk memberikan permainan terbaik sekali gus merangkul kejuaraan Siri Super Akhir buat kali kelima.

“Saya sudah memenangi kejohanan ini sebanyak empat kali (2008, 2009, 2010 dan 2013) dan akan cuba memberikan aksi terbaik untuk merangkul kejuaraan kelima,” katanya ketika ditemui di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

Kelmarin, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengeluarkan senarai muktamad pemain yang akan beraksi pada kejohanan itu dan Chong Wei layak secara merit selepas menduduki ranking ketujuh dengan mengumpul 43,510 mata.

Selain Chong Wei, tujuh lagi pemain lain ialah Jan O Jorgensen, Viktor Axelsen (Denmark), Son Wan Ho (Korea Selatan), Ng Ka Long (Hong Kong), Marc Zwiebler (Jerman) dan Tian Houwei serta Chen Long (China).

“Kita dapat lihat senarai pemain yang layak ada dua wakil dari Denmark dan China, tapi bagi saya siapa saja yang bermain di Siri Super Akhir semuanya pemain terbaik dunia.

“Saya tidak kisah jumpa sesiapa pun tapi semua yang layak adalah pemain hebat dan tidak boleh dipandang rendah. Saya mempunyai satu minggu lebih untuk membuat persediaan,” kata pemain nombor satu dunia itu.

Ujarnya, kecederaan hamstring yang dialaminya juga sudah pulih dan melakukan latihan seperti biasa.

“Saya juga sudah sembuh daripada demam dan tempoh seminggu lebih ini akan digunakan sebaiknya membuat persiapan. Saya tidak kisah dengan kecergasan dan prestasi pemain lain walaupun tidak beraksi di tiga kejohanan sebelum ini,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");