MANCHESTER City langsung tidak gentar dengan rekod cemerlang yang dimiliki Liverpool di tempat sendiri.
Pengendalinya, Pep Guardiola menegaskan mereka sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan selain menyifatkan The Reds turut memiliki kelemahan yang boleh dimanfaatkan City.
“Kalau dilihat dalam beberapa perlawanan, pertahanan mereka mudah dibolosi, jadi kami mungkin akan menggunakan kelemahan tersebut.
“Selain itu, faktor bermain di Anfield juga tidak menjadi masalah dan kami mungkin akan menjadi pasukan pertama yang akan menumpaskan Liverpool di tempat mereka,” katanya.
Sementara itu, Guardiola turut mengharapkan barisan serangannya terus tajam di hadapan gol selepas beberapa perlawanan sebelum ini mereka agak buntu.
“Tetapi ia belum di tahap merisaukan saya dan hanya memerlukan masa untuk mencetak gol yang banyak,” katanya.
-Sinar Harian