Panasnya Hari Ini

‘Cukup-Cukuplah Bodek Presiden UMNO’

KUALA LUMPUR : Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2016 dilihat sebagai satu ‘pesta bodek’ parti sayap berkenaan yang dilihat membodek Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, ucapan-ucapan ketua Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO tidak menunjukkan visi dan misi masa depan negara.

“Mengikuti ucapan Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO naik ‘melugai’ nak termuntah. Keseluruhan ucapan hanya lebih menekankan supaya perwakilan pertahankan Najib.

“Sepatutnya sebagai sayap kepada induk parti, mereka seharusnya lebih berani untuk mempersoalkan kepimpinan utama Najib yang gagal membawa negara dan kehidupan rakyat pada satu keadaan yang lebih sejahtera,”katanya menerusi satu kenyataan di Facebooknya.

Mahfuz turut menyifatkan pemimpin sayap UMNO ini tidak boleh diharap untuk membawa ‘suara keras’ rakyat yang sedang terbeban akibat dari salah urus tadbir negara dengan jenayah curi rasuah yang berleluasa.

Beliau turut berkata, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin juga tercalar dengan jenayah curi wang Kementerian Belia dan Sukan dan Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abd Jalil terpalit dengan kegagalan NFC yang dan Ketua Puteri UMNO yang banyak bergantung kepada ehsan Najib.

“Cukuplah jadi pembodek dan penjilat serta pemakan ‘dedak’. Usah cuba menipu dan menyembunyikan jenayah rasuah curi yang sedang berlaku dalam negara daripada pengetahun rakyat.

“Jangan paksa diri berucap dan buat ‘kenyataan bodoh’ yang memalukan bangsa Melayu dan agama Islam hanya semata-mata takut hilang kedudukan sebaliknya mesti berani bangun menegur pemimpin.

“Serta harus meluaskan skop perbahasan dengan membangkitkan isu-isu nasional seperti kenaikan kos sara hidup, GST dan kehilangan wang 1MDB,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");