Panasnya Hari Ini

‘Curi’ Kerusi, AMANAH Mula Tunjuk Belang

KUALA LUMPUR : Parti Amanah Negara (AMANAH) mula menunjukkan belang sebenar mereka apabila mahu ‘mencuri’ kerusi rakan-rakan pembangkang walaupun bersama Pakatan Harapan.

Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Samad berkata, tindakan parti serpihan PAS itu membuktikan apa yang diperkatakan oleh parti itu adalah benar.

“Bermakna dengan sendirinya AMANAH sudah tunjukkan sikap sedangkan mereka bersama PKR dalam Pakatan Harapan.

“Tetapi sekarang mereka hendak curi kerusi PKR, bermakna segala apa yang kami katakan sebelum ini tentang AMANAH adalah benar.

“Kenyataan beliau (Ketua Penerangan AMANAH, Khalid Samad) membenarkan perkara-perkara yang kami nyatakan tentang AMANAH,”katanya, memetik laporan Malaysiakini.

Terdahulu, Khalid dilaporkan berkata, AMANAH akan bertanding kira-kira 40 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 termasuk kerusi yang menjadi milik PAS dan PKR.

Khalid berkata, pemilikan kerusi tradisi sudah tidak lagi relevan dengan senario politik pada hari ini.

Berikutan itu, beliau berkata, AMANAH nekad akan mengemukakan senarai 40 kerusi yang akan ditandinginya pada mesyuarat HARAPAN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dijangka akan diadakan pada Januari ini berhubung isu pengagihan kerusi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");