Jenayah

‘Dah bersedia kalau bah’

TUMPAT: Penduduk di tebing sungai Kelantan mula membuat persiapan awal menghadapi banjir berikutan hujan berlarutan sejak tiga hari lalu.

Meskipun air sungai belum melimpah ke kediaman penduduk di kampung Laut, Palekbang, Sungai Pinang, namun mereka sudah membuat persiapan awal dengan menyimpan dokumen penting di tempat tinggi, bekalan makanan dan keperluan lain dan bersiap sedia berpindah sekiranya diarah berbuat demikian.

Penduduk, Abdul Aziz Harun, 54, di Kampung Sungai Nyior berkata, dia membuat persiapan awal memandangkan kawasan kediamannya mula digenangi air.

“Hujan lebat tiga hari lepas, air di halaman rumah saya dah naik pada paras lutut.

“Saya terpaksa buat titi untuk memudahkan ahli keluarga keluar, kalau tak dibina titi ini, kami kena redah air,” katanya.

Lagipun katanya, rumahnya di kawasan rendah dan hampir dengan sungai berisiko ditenggelami air sekiranya air sungai melimpah.

“Banjir besar 2014 rumah saya tenggelam, memang kami sekeluarga pindah.

“Harap tahun ini banjir tak besar, tetapi pengalaman tahun 2014 buatkan kami sekeluarga lebih bersedia,” katanya.

Sementara itu, hampir semua bacaan paras sungai utama di Kelantan mencatatkan penurunan apabila berada di tahap normal.

Namun di Sungai Golok keadaan paras air sungai masih diparas berjaga-jaga iaitu 7.88 meter setakat jam 4 petang semalam.

Jabatan Meteorologi Malaysia pula menamatkan amaran hujan lebat (Peringkat Kuning, Jingga dan Merah) di Kelantan yang dikeluarkan pada jam 5 pagi, Jumaat lalu.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");