Jenayah

Dah kena cekup

Kuantan: Lima lelaki yang dipercayai menyamun seorang pekerja pasar raya ditahan di Jalan Haji Abdul Rahman, di sini, semalam, berjaya ditahan.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, semua suspek berusia antara 24 hingga 32 tahun itu ditahan kira-kira 11 pagi, selepas polis melakukan risikan serta maklumat awam.

“Mereka direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan menggunakan senjata,” katanya.

Dalam kejadian di depan pasar raya di Indera Sempurna, di sini, Isnin lalu, mangsa lelaki berusia 30 tahun dikatakan dalam perjalanan ke bank untuk menyimpan wang RM23,000 milik majikannya apabila keretanya ditahan sekumpulan lelaki.

Seorang suspek mengacukan pistol ke kepala mangsa dan menumbuk muka lelaki itu sebelum merampas wang berkenaan.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");