KUALA LUMPUR: Coklat Daim dan Toblerone menggunakan bahan yang sesuai dan selamat dimakan oleh orang Islam.
Pengeluar coklat itu, Mondelez International, berkata kedua-dua produk itu memenuhi piawaian pemakanan pengguna di seluruh dunia walaupun dihasilkan di negara yang tidak memerlukan pensijilan halal.
Katanya, syarikat itu akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta pihak berkuasa lain di negara ini bagi memastikan produknya memenuhi keperluan pengguna Malaysia.
Bagaimanapun, kenyataan itu tidak memaklumkan sama ada Mondelez International akan memohon sijil halal bagi kedua-dua produk coklat terbabit.
“JAKIM juga menjelaskan produk makanan yang tidak memiliki sijil halal tidak boleh dianggap tidak halal atau haram.
“Semua maklumat mengenai bahan untuk menghasilkan coklat Toblerone dan Daim tertera pada pek bungkusan. Pengguna boleh merujuk padanya,” kata kenyataan itu, hari ini.
Jumaat lalu, Bahagian Hab Halal JAKIM mengesahkan coklat Daim dan Toblerone tidak mempunyai cop pengesahan halal daripada badan itu atau mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/227599