Membawang Hari Ini

Danial muncul juara Lawak Solo pertama

PESERTA dari Pulau Pinang, Danial dinobatkan sebagai johan edisi pertama program Lawak Solo Astro malam tadi.

Danial atau nama sebenarnya Mohamad Danial Mohd Zaini menerima wang tunai berjumlah RM80,000 dan trofi sumbangan Astro.

Kemenangan Danial sudah dijangka memandangkan persembahan begitu konsisten sejak minggu pertama lagi.

Tempat kedua dimenangi peserta dari Sabah, Mad dan Fikry meraih kemenangan di kedudukan ketiga.

Seorang lagi finalis, AG Hafiz terpaksa berpuas hati di tempat keempat dengan membawa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi sumbangan Astro.

Para pemenang diadili oleh 70 peratus penjurian dari juri tetap dan jemputan, terdiri daripada Datuk AC Mizal, Saiful Apek dan Erra Fazira.

Sementara 30 peratus penjurian dari undian penonton.

Lawak Solo merupakan program realiti komedi terbaru Astro Warna yang mencari pelapis untuk memeriahkan dunia stand-up comedy tempatan.

Lawak Solo dipancarkan secara langsung dari Kompleks Studio Merdeka, Finas, Kuala Lumpur menerusi Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");