Isu Panas

DAP tetap fokus Selangor, P Pinang

SHAH ALAM – DAP tidak memasang impian untuk menawan mana-mana negeri menjelang PRU akan datang.

Sebaliknya kata Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, pihaknya bersama rakan Pakatan yang lain berhasrat untuk mengekalkan penguasaan ke atas Pulau Pinang dan Selangor pada PRU nanti.

“Kami perlu bersama-sama dengan rakan pakatan memenangi PRU nanti. Ini bukan perkara mudah dan kita boleh lihat sekarang yang BN kini sedang rancak mengapi-apikan sentimen perkauman kepada masyarakat.

“Ia akan menjadikan pilihan raya akan datang sebagai pilihan raya yang cukup sengit antara kedua pihak,” katanya ketika ditemui Sinar Online, di Konvensyen DAP, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru ahli parti dan rakan pembangkang untuk bekerja keras pada PRU akan datang.

“Pembangkang tidak ramal akan memenangi mana-mana negeri pada pilihan raya nanti. Cuma kami berharap dapat pertahankan Pulau Pinang dan Selangor dan menang balik di Perak,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");