Sukan Hari Ini

Darren belum sedia: Shebby

Kuala Lumpur: Pengkritik bola sepak tempatan Serbegeth Singh mempertikaikan sikap beberapa ejen bola sepak yang didakwanya tidak ikhlas dalam membantu pasukan yang beraksi dalam Liga Malaysia (Liga-M).

Sebaliknya, beliau mendakwa segelintir ejen yang membawa pemain import untuk diuji sekadar mahu mengaut keuntungan hingga sanggup mengabaikan soal kualiti yang harus ada pada seseorang pemain import itu.

Jelasnya, kepincangan itu dapat dilihat pada penyerang kacukan Harimau Malaysia, Darren Lok (gambar) yang disifatkannya belum bersedia untuk mewakili negara apatah lagi pemain naturalisasi itu hanya sempat beraksi bersama skuad Johor Darul Ta’zim II (Johor DT II) cuma sekali itupun dalam tempoh 45 minit sahaja.

“Saya sedar pasukan negara turut mengharapkan impak ‘mi segera’ daripada sentuhan pemain naturalisasi seperti yang dilakukan Singapura, Filipina dan Jepun. Jalan pintas ini memang mampu membawa perubahan kepada bola sepak kita terutamanya buat pasukan Harimau Malaysia.

“Ingin saya jelaskan ejen yang bertindak membawa pemain dari luar negara ketika ini memiliki ilmu yang cetek. Ia memang keputusan akhir di tangan jurulatih negara (Datuk Ong Kim Swee) dalam menentukan senarai pemainnya.

“Namun jika ejen ini tidak mengaburi mata jurulatih negara dengan membawa masuk pemain naturalisasi yang tidak berkualiti, saya kira tentu pemain tempatan akan terpilih berbanding memberi peluang kepada pemain luar yang cuma beraksi tidak sampai setengah jam.

“Nasihat saya kepada ejen supaya jangan pertikaikan intelek penyokong ataupun jurulatih bola sepak negara ini,” katanya kepada Arena Metro.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");