Membawang Hari Ini

David & Victoria Cadang Beli Rumah RM864 Juta Di Los Angeles

PASANGAN selebriti terkenal David dan Victoria Beckham dilaporkan bakal membeli kediaman mewah terbesar di Los Angeles yang berharga £160 juta (RM864 juta).

Daily Mail melaporkan rumah agam yang dibina di atas tanah seluas 4.6 ekar itu mempunyai 14 buah bilik, 27 bilik air termasuk kelengkapan lain seperti kolam renang dan gelanggang tenis.

Rumah itu turut dilengkapi dengan studio tarian untuk anak perempuan pasangan itu, Harper selain ruang persendirian bagi membolehkan anak sulung pasangan itu Brooklyn bersama rakan-rakan.

Ia turut dilengkapi dengan gimnasium selain boleh memuatkan 100 buah kereta di halaman rumah.

Hartanah mewah itu dikatakan menyerupai kediaman mereka di Hertfordshire, London yang menyerupai istana Beckingham.

-mStar Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");