Panasnya Hari Ini

Demokrasi Jadi Kleptokrasi, Kerajaan Ditadbir Oleh Penyangak –Tun M

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, demokrasi yang ada pada hari ini telah bertukar menjadi kleptokrasi disebabkan penyalahgunaan sistem demokrasi.

Ujarnya, kebanyakan negara yang baru mencapai kemerdekaan akan memilih sistem demokrasi sebagai sistem politik kerana rakyat berhak memilih pemimpin yang terbaik.

“Bagaimanapun, pada hari ini ramai yang kesal kerana memilih demokrasi.

“Kajian menunjukkan bahawa sistem itu sangat terbuka kepada penyalahgunaan dan orang salah yang dilantik bukan sahaja menyalahgunakan kuasa yang diberikan, tetapi mampu untuk terus berkuasa selama beberapa dekad.

“Pemimpin-pemimpin ini kemudiannya akan menjadi diktator,”katanya menerusi blog beliau, hari ini.

Hal ini demikian kerana, kata bekas perdana menteri yang pernah mentadbir Malaysia selama 22 tahun itu, pemimpin yang dipilih itu boleh mengawal jentera kerajaan dan dapat memanipulasi pilihan raya supaya parti mereka tidak akan dikalahkan.

Dr Mahathir berkata, misalnya, seperti menukar kawasan pilihanraya, pengiraan undian persempadanan semula.

“Kemudian, sudah tentu pengundi boleh dirasuah dengan wang atau hadiah,”ujarnya.

Bagaimanapun, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata lagi, sistem demokrasi berjaya digunakan di negara barat kerana budaya rakyatnya tetapi perkara itu tidak berlaku di Malaysia.

“Mereka (rakyat di negara barat) lebih matang dan berpengalaman. Mereka tahu harga yang terpaksa dibayar sekiranya mereka memilih orang yang salah untuk memimpin.

“Budaya rasuah tidak begitu berleluasa di negara-negara ini. Pemisahan kuasa antara perundangan, eksekutif dan badan kehakiman dihormati dan dipatuhi.

“Mereka yang bersalah dalam mana-mana institusi tidak boleh berharap untuk melepaskan diri akibat salah laku mereka,”jelas beliau.

Bagaimanapun, Dr Mahathir mengakui demokrasi masih ‘sistem yang hebat’ tetapi dalam masa yang sama beliau memberi amaran bahawa ianya mungkin berlalu.

“Jika rakyat tidak menegaskan hak mereka, demokrasi akan menjadi kleptokrasi, kerajaan yang ditadbir oleh penyangak,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");