Jenayah

Dijemput ajal di Linkedua

Iskandar Puteri: Dua rakyat tempatan yang bekerja di Singapura maut apabila motosikal ditunggang mereka terbabit dalam kemalangan secara berasingan di Lebuhraya Linkedua, arah utara, di sini, semalam.

Dalam kejadian pertama, mangsa yang bekerja sebagai atendan hospital, Afiq Nur Hakim Abd Razak, 20, maut apabila motosikal Honda EX5 ditunggangnya melanggar bahagian belakang sebuah lori yang berada di lorong kecemasan.

Kejadian berlaku jam 12.53 tengah malam di Kilometer 1.4 lebuh raya berkenaan.

Kemalangan kedua berlaku jam 8.20 pagi di Kilometer 13.7 membabitkan mekanik, Jegatheesan Regis, 25, yang maut selepas parah di kepala dan badan apabila motosikal Yamaha LC ditunggangnya terbabas.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, kedua-dua mangsa itu dipercayai baharu masuk ke Malaysia melalui lebuh raya itu selepas pulang dari kerja di Singapura.

“Mangsa pertama yang beralamat di Kampung Melayu Baru, Gelang Patah dipercayai gagal mengawal motosikal hingga menyebabkan dia melanggar belakang lori Scania yang diletakkan di lorong kecemasan.

“Kemalangan kedua pula berlaku dipercayai apabila penunggang motosikal terbabas sendiri,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai untuk dibedah siasat.

“Ketika kejadian, cuaca baik dan gelap kerana malam, tetapi berlampu. Permukaan jalan rata dan bertar dengan tiga lorong dan bergarisan putih putus-putus sebagai pembahagi lorong. Tiada sebarang kekeliruan tanda jalan,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");