Jenayah

Ditahan cuba seludup petrol

Tumpat: Seorang lelaki ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor dalam serbuan di pengkalan haram Bahaman, Pengkalan Kubor di sini, kerana cuba menyeludup petrol ke seberang.

Dia ditahan kira-kira 8 malam tadi ketika sedang asyik memindahkan petrol daripada kenderaannya ke dalam tong biru (jerry can).

Pegawai Pemerintah PPM Pengkalan Kubor, Asisten Superintendan Ahmad Amri Abd Rahman berkata, anggotanya berjaya merampas hampir 330 liter petrol dan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero, anggaran nilai keseluruhan RM6,643.

“Lelaki itu yang berusia 48 tahun juga pernah ditahan beberapa kali sebelum ini, namun masih melakukan aktiviti penyeludupan dengan alasan pekerjaan itu sahaja yang tahu dilakukan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, tangkapan dan rampasan kenderaan bersama muatan petrol itu disiasat mengikut Akta Kawalan Dan Bekalan 1961.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");