Jenayah

Dua anjing pengesan bantu cari

Pasir Puteh: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggunakan dua anjing pengesan (K9) dalam operasi mengesan dua mangsa lemas di Pantai Tok Bali di sini hari ini.

Ketua Operasi Unit K9 dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lumpur, Pegawai Bomba Kanan 1 Chandran Raju berkata, anjing itu dibawa untuk menyertai operasi mengesan mangsa lemas.

“Untuk unit K9, kami akan menyusuri pesisiran pantai yang bermula di kawasan kedua mangsa dipercayai lemas, sehingga 10 kilometer dari tempat kejadian.

“Untuk operasi bermula jam 9 pagi hingga 12 tengahari tadi, kami masih belum berjaya mengesan mangsa lemas, dan pencarian diteruskan jam 2 petang hingga 6 petang ini” katanya

Sementara itu, Penolong Penguasa Bomba JBPM Kelantan, Nurizawan Basri berkata, operasi turut membabitkan satu unit helikopter JBPM Subang, Selangor dan anggota Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA).

“Seramai 10 anggota PPDA, dua krew helikopter dan tiga anggota daripada pasukan serba boleh (MUSTeam),” katanya.

Operasi hari ini memasuki hari keenam bagi mengesan mangsa, Ahmad Haziem Anizam, 14, dan seorang lagi, Amir Azfar Rafar, 13, yang hilang ketika mandi di Pantai Tok Bali bersama dua lagi rakan mereka yang terselamat, Muhammad Firdaus Mustapha, 16, dan Amir Shahir Zakima, 14, Ahad lalu.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");