Jenayah

Dua maut, dua parah

Chukai: Dua maut manakala dua lagi parah selepas Mitsubishi Triton dinaiki mereka terhumban ke dalam Sungai Mak Ikal, Kerteh dalam kejadian di Kilometer 117. 1, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, pagi tadi.

Kemalangan kira-kira jam 9.30 pagi itu meragut nyawa pemandu, Mohd Zul Hafiz Mohd, 27, yang berasal dari Bukit Payong, Marang, dan penumpang hadapan, Mohd Amirul Nazri Alias, 23, dari Sungai Rengas, Kuala Terengganu.

Dua lagi mangsa, Muhammad Nazirul Iqram Maliki, 20, dari Manir Kuala Terengganu, mengalami kecederaan kedua-dua belah kaki manakala Abdul Halim Che Adri, 22, dari Mengabang Telipot, kuala nerus parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, kenderaan terbabit yang dalam perjalanan dari arah Dungun, dipercayai hilang kawalan sebaik tiba di kawasan kejadian dan melanggar besi penghadang jalan sebelum terjunam ke dalam sungai.

“Sepasukan lapan anggota bomba tiba lima minit selepas kejadian dan berjaya membawa keluar mangsa di tempat duduk belakang. Seorang lagi mangsa ditemui di bawah kenderaan manakala pemandu dan penumpang hadapan sudah dikeluarkan oleh orang awam.

“Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Bilik Forensik Hospital Kemaman manakala dua mangsa yang parah turut dibawa ke hospital sama,” katanya.

-Harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");