Jenayah

Dua penyamun libas parang diburu

KUALA LUMPUR: Dua lelaki bermotosikal diburu polis selepas menyamun seorang wanita dalam kejadian di Jalan Midah Tengah 2, Taman Midah Cheras dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang, mangsa bersama rakannya berdiri di luar rumah dan melihat motosikal jenis Honda EX5 yang dinaiki suspek dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, suspek yang berlegar-legar di kawasan tersebut kemudian menghampiri mangsa dan rakannya.

Menurutnya, salah seorang daripada suspek mengeluarkan parang dan minta menyerahkan wang.

“Kerana bimbang dicederakan, mangsa dan rakannya telah menyerahkan barang mereka iaitu telefon bimbit dan wang tunai.

“Suspek yang kemudian melarikan diri bagaimanapun terlanggar sebuah kereta jenis Honda dan menyebabkan mereka terjatuh,” katanya.

Beliau berkata, seorang penumpang kereta telah keluar dan membaling kon ke arah suspek. Suspek telah bertindak agresif dengan melibas parang ke arah pemandu kereta berkenaan dan mengenai lengan kanan.

Katanya, suspek yang berjaya melarikan diri telah tertinggal beg galas dan jam tangan.

“Pemeriksaan dapati beg galas ini berisi spanar dan pemutar skru selain semakan nombor pendaftaran motosikal didaftarkan atas sebuah kereta jenis Proton Saga,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, rakaman video menunjukkan mangsa disamun dua lelaki bermotosikal berdurasi 51 saat mula menjadi viral di laman sosial Facebook sejak semalam.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");