Jenayah

Dua suspek bunuh warga emas ditahan

Bachok: Dua lagi lelaki berusia 25 tahun dan 20-an ditahan petang kelmarin, berhubung kematian seorang wanita warga emas dalam kejadian samun di sebuah rumah di Kampung Kuala Gris, Dabong Kuala Krai, Isnin lalu.

Tangkapan dibuat di Kampung Kuala Gris yang menjadikan tiga lelaki yang ditahan polis termasuk anak lelaki mangsa berusia 35 tahun yang ditangkap Selasa lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Ab Rahman Ismail berkata, pihaknya kini sedang memburu dua suspek utama kes itu yang berusia 20-an yang kini bersembunyi di dalam hutan di kawasan berdekatan.

“Kita mendapat maklumat, mereka berada di dalam hutan dan polis sudah ke lokasi berkenaan dan menemui beberapa komponen motosikaljenis Yamaha RXZ milik mangsa yang sudah dilerai.

“Hasil siasatan, polis mendapati kes itu berlaku kerana anak mangsa mempunyai hutang dadah RM30,000 dengan dua suspek utama berkenaan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jelawat, di sini, hari ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan mangsa, Rohani Musa, 60, ditemui mati dalam keadaan mulut, kaki dan tangan diikat dengan kain dipercayai dibunuh.

Kejadian itu disedari anak lelaki mangsa pada jam 1.30 pagi Isnin lalu yang menemui ibunya dalam keadaan tidak sedarkan dan terikat di bahagian ruang tamu.

-harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");