Jenayah

Dua tokan dadah kena cekup

Johor Bahru: Polis lumpuhkan usaha dua lelaki untuk mengedar dadah di pusat hiburan sekitar daerah ini yang aktif sejak tiga bulan lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor, Asisten Komisioner Lukas Aket berkata, dua lelaki berusia 26 dan 27 tahun itu ditahan antara 3 hingga 4 petang Selasa lalu, dalam dua serbuan berasingan di Taman Mount Austin di sini.

“Bertindak berdasarkan maklumat, seorang suspek ditahan di tepi Jalan Mutiara Emas 9/23 di sini, pada 3 petang dan polis merampas 5,000 pil disyaki Erimin 5 serta 980 pil disyaki ekstasi.

“Siasatan lanjut, pasukan polis yang sama membuat serbuan di sebuah rumah rumah di taman berkenaan dan menahan seorang lagi suspek dan menemui 146 gram serbuk putih disyaki ketamin serta alat penimbang berat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, hari ini.

Beliau berkata, semua dadah yang dirampas dianggar bernilai RM166,100 dan dipercayai cukup dan untuk menampung 6,000 penagih.

Menurutnya, polis turut menyita wang tunai RM6,100 dan S$1,524 serta dua kereta mewah, Audi A3 dan Mercedes Benz C200 dengan nilai keseluruhan rampasan RM209,925.

Menurut Lukas, kedua-dua suspek tiada rekod jenayah lampau dan ujian saringan awal air kencing mereka juga negatif dadah.

“Seorang suspek ditahan reman lima hari, manakala seorang lagi tujuh hari bagi siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");