Jenayah

Duit hasil jualan hangus

PORT DICKSON: “Saya hairan kenapa banyak bomba (jentera) dengan bunyi siren masuk ke taman rumah saya, jadi saya patah balik nak tengok apa yang berlaku.

“Saya ingat ada kes ular masuk rumah orang, rupanya bomba datang nak padam api (kebakaran) rumah saya,” kata salah seorang mangsa kebakaran melibatkan tiga rumah di Jalan Shell Gate Kampung Arab, S Muniaswaran, 40,

Dalam kejadian sekitar jam 9.50 malam kelmarin, rumah Muniaswaran musnah sepenuhnya dan dua lagi musnah 60 peratus dan 30 peratus.

Muniaswaran berkata, sebelum kejadian dia bersama isteri, nenek dan lima anaknya keluar pada jam 8 malam ke kuil untuk acara keagamaan.

“Dalam jam 9, saya balik semula ke rumah, letak barang-barang (acara keagamaan) dan keluar semula untuk makan malam.

“Mula-mula kami ke Lukut tapi dua anak dah tertidur dalam kereta. Jadi kami fikir baik bungkus nasi lemak saja, tu yang patah balik ke Port Dickson dan nampak bomba,” katanya.

Menurutnya, sebaik tiba di rumah dia terkejut apabila melihat rumahnya yang terbakar.

“Masa tu dah separuh rumah terbakar, memang tak dapat nak selamatkan apa-apa barang termasuk duit tunai hasil jualan barang-barang katering saya.

“Sebenarnya saya rancang pagi ni (semalam) baru nak masukkan duit tu dalam bank, tapi nampaknya tak sempat, duit dah terbakar rumah pun dah hangus,” katanya.

Tambahnya, walaupun kehilangan tempat tinggal, namun dia rasa lega kerana kejadian berlaku bukan pada waktu tengah malam ketika mereka sekeluarga sedang tidur.

Sementara itu, Ketua Kampung Arab, Kasdi Kasnawi berkata, kesemua tiga keluarga mangsa kebakaran sudah diberikan bantuan awal bencana oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Dalam pada itu, Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP), Mohd Kamil Abd Jabbar berkata, pasukannya menerima panggilan kecemasan kebakaran pada jam 10.02 malam dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.

“Ketika bomba sampai, 60 peratus rumah pertama telah musnah terbakar.

“Kebakaran berjaya dikawal dalam masa lima minit dan operasi memadam dapat diselesaikan sekitar sejam kemudian,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");