Membawang Hari Ini

Eddie tak berubah

Pemenang Oscar, BAFTA dan Anugerah Tony ini berada di puncak kejayaan, malah namanya disanjung jutaan peminat seluruh dunia.

Namun, populariti luar biasa yang diraih Eddie Redmayne, 34, tidak menghalangnya untuk menikmati kehidupan normal seperti orang lain.

Dia sama sekali tidak bimbang bahkan gembira menggunakan perkhidmatan kenderaan awam ketika bersiar-siar di London.

Terbaru, bintang The Theory of Everything itu dilihat menaiki komuter laluan Bakerloo dari Elephant and Castle.

Dengan penampilan yang kemas, bekas graduan kolej Eton itu khusyuk membaca akbar. Di lehernya berlilit skaf yang bergaya dan sesuai dengan cuaca sejuk di kota itu.

Ini bukan kali pertama dia menggunakan komuter, malah pada Julai lalu Eddie dan isterinya menaiki kenderaan itu dari Circle ke Victoria.

Menurut saksi, Eddie selesa menikmati perjalanan itu sehingga pengguna lain tidak menyedari kehadirannya.

“Penumpang lain tidak sedar Eddie ada bersama mereka dalam komuter. Masing-masing buat hal sendiri, malah Eddie juga nampak selesa dirinya tidak dipedulikan,” kata saksi.

Teman rapat Eddie mendedahkan pelakon itu bangga menetap di London dan gemar menikmati kehidupan seperti orang kebanyakan.

“Sebagai penduduk sejati London, dia bangga dengan kota ini. Meskipun memenangi banyak anugerah, dia masih orang yang sama dan tidak akan berubah.

“Bagi Eddie yang glamor adalah kerjayanya, bukan kehidupan peribadi. Dia mahu menikmati hari-harinya seperti orang lain dan tidak kisah menggunakan kenderaan awam untuk bergerak ke sana-sini,” katanya.

Eddie kini menjadi kegilaan apabila membintangi filem francais Harry Potter iaitu Fantastic Beasts dan Where To Find Them.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");