Membawang Hari Ini

Elfira Loy selektif?

PELAKON genit, Elfira Loy hanya akan menerima tawaran yang benar-benar berkualiti sebelum kembali aktif berlakon.

Ini kerana, selebriti berusia 22 tahun ini mengakui memerlukan naskhah yang boleh memberikan kesan kepada penonton.

“Saya bukan selektif, cuma apabila sudah lama berehat, sudah tentu saya perlukan good product.

“Sekurang-kurangnya, orang ramai akan perasan saya sudah kembali aktif berlakon,” katanya kepada Sinar Harian.

Bahkan, pelakon yang mencipta nama menerusi drama bersiri Qalesya ini juga bersedia untuk mempelajari perkara baru biarpun berpengalaman lebih 10 tahun dalam industri.

“Ramai yang anggap, apa yang saya buat semuanya OK hanya kerana saya sudah 10 tahun berlakon.

“Saya bukan berlakon kerana saja-saja sebaliknya saya bersedia untuk belajar.

“Bahkan, saya sendiri tak tahu apakah lakonan saya baik atau tidak. Saya nak jaga kualiti.

“Sebab itu, saya nak belajar dari segi penerokaan terhadap karakter dan cerita,” katanya yang aktif mengacara.

Malah, pemilik nama penuh Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri ini akan memastikan pasangannya, karakter, pengarah dan kumpulan yang terlibat sebelum menerima tawaran.

“Saya tak mahu berlakon kerana terpaksa. Saya nak berseronok ketika berlakon,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, buat masa ini, tiada lagi tawaran yang benar-benar menepati kehendaknya.

Elfira kini lebih selesa menumpukan perhatian kepada perniagaan selepas tamat pengajian di universiti.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");