Sukan Hari Ini

FAM wajar taja Faiz ke Zurich

Kuala Lumpur: Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Takiyuddin Hassan (gambar) secara peribadi berpendapat badan induk itu wajar menaja Mohd Faiz Subri ke Anugerah Puskas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) 2016 di Zurich pada Januari depan. selepas gol pemain Pulau Pinang itu tersenarai antara tiga jaringan terbaik dunia.

Pencalonan pemain Pulau Pinang itu tersenarai antara tiga jaringan terbaik dunia.

Takiyuddin berkata, pencalonan berkenaan sesuatu yang membanggakan dan jarang berlaku apabila pemain Malaysia terpilih antara tiga terbaik dunia bagi menerima anugerah itu.

“Pada pandangan peribadi saya, bagi Faiz ini, FAM perlu taja dia ke sana (Zurich) bersama keluarganya kerana pencapaiannya itu jarang berlaku.

“Dari seluruh dunia hanya tiga terpilih dalam Anugerah Puskas itu dan saya bersetuju jika dia ditaja FAM dalam perkara ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi dialog rakyat bertajuk ‘Sehati Sejiwa Memerangi Rasuah’ di sini semalam.

Dialog itu diadakan sempena sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa yang disambut di seluruh negara.

FIFA menerusi laman web rasminya, www.fifa.com pada 2 Disemner lalu mengumumkan gol ajaib Faiz tersenarai dalam senarai akhir untuk anugerah berkenaan bersama-sama pemain kelab Corinthians dari Brazil, Johnath Marlone Azevedo da Silva dan wakil tunggal wanita, Daniuska Rodriguez (Venezuela).

Peminat bola sepak tempatan masih berpeluang mengundi jaringan Mohd Faiz melalui laman web rasmi FIFA www.fifa.com sebelum pemenang diumumkan pada Anugerah Bola Sepak FIFA di Zurich, Switzerland pada 9 Januari depan. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");