Sukan Hari Ini

Fauzan tepati ramalan

Johor Bahru: Pelumba mewakili PDRM – SBS Giant Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi menepati ramalan apabila menguasai podium Harian Metro Mountain Bike (HMMTB) Grand Prix 2016 yang berakhir di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, semalam.

Muhammad Fauzan meninggalkan pesaingnya, Muaz Abd Rahim yang juga rakan sepasukan di tangga kedua dan pelumba Indonesia, Sugianto daripada pasukan Cyclomotion di tempat ketiga.

Turut mengikut jejaknya, Khairul Aniq Mohamad Ghazali daripada pasukan SBS Giant yang cemerlang dalam kategori Junior Lelaki meninggalkan pesaingnya Zamirul Adlisham (KHS Factory) di tempat kedua dan Pam Zhen Siang (Safari Factory) di tangga ketiga.

Bagi kategori Lelaki Junior Master, Surachet Sun Jui daripada Thailand All Star mendahului pesaingnya, Mohd Zukri Tahir (Polygon) dan Ramly Ismail (Twitter).

Johan kategori Lelaki Senior Master disandang Prasert Chitmart (Thailand All Star) yang mengalahkan Mohd Razani Husin dan Tan Chee Yong (SBS Giant).

Bagi kategori Terbuka Wanita, rentak cemerlang pelumba Thailand All Star apabila Supuksorn Nuntana dan Sarocha Kamonlakhon menduduki podium satu-dua sambil diekori Norfadilah Saiedin (Cyclomotion).

Pemenang keseluruhan kejohanan menyaksikan pasukan SBS Giant melalui gandingan Muhammad Fauzan, Muaz dan Mohd Hafiz Rozli unggul mendominasi tempat pertama hingga ketiga dengan kutipan mata, 30, 20 dan 15.5.

Bagi kategori Junior Lelaki, Muhammad Zahin Wahi mewakili Maskom Cycling muncul juara keseluruhan dengan memperoleh 16 mata meninggalkan pesaingnya, Khairul Aniq untuk tempat kedua (15 mata) dan Zamirul (14 mata).

Kategori Lelaki Junior Master dimenangi Mohd Zukri dengan 28 mata meninggalkan Surachet (25 mata) dan Azizul Azli Shaari (Proucell) 15 mata.

Untuk kategori Lelaki Senior Master, Prasert dinobatkan juara keseluruhan dengan 29 mata diekori Chee Yong (27 mata) dan Mohd Razani (25 mata).

Bagi kategori Terbuka Wanita, gandingan Supuksorn dan Sarocha mengungguli tempat pertama dan kedua keseluruhan dengan kutipan mata 30 dan 26 mengatasi Norfadilah yang mengumpul 22 mata.

Juara, naib juara dan tempat ketiga setiap kategori di sirkit UTM Skudai menerima hadiah wang tunai RM1,000, RM700 dan RM500 bersama medal manakala juara, naib juara dan tempat ketiga keseluruhan bagi setiap kategori pula menerima RM1,500, RM1,000 dan RM500 bersama medal.

Penyampaian hadiah disempurnakan Timbalan Pengarang Kumpulan Harian Metro Ahmad @ Salim Bachok dan Pengarah Perbankan Pengguna Affin Bank Berhad Idris Abd Hamid.

Turut hadir, Pengurus Besar Pengiklanan NSTP Jeannie Leong Lee Eu dan wakil Honda Malaysia Sdn Bhd Mohd Nurhairi Mohd Hussein.

HMMTB Grand Prix 2016 selain menyaksikan UTM Skudai sebagai venue penganjuran, turut mendapat tajaan utama Affin Bank Group, Orang Kampung Group, Polygon, Prou Cell dan Universal Fitness & Leisure Sdn Berhad (UFL) yang menaja barangan Deuter, Honda, Snickers, Amskin, Julie’s Biscuit, Lucozade, Giant, ACM Sdn Bhd (Isutzu) The Store Corporation Bhd, Mamee-Double Decker (M) Bhd, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Taman Universiti dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");