Membawang Hari Ini

Final empat penjuru

Kuala Lumpur: Empat peserta program realiti Lawak Solo berjaya meneruskan perjuangan mereka ke peringkat akhir Jumaat depan.

Mereka ialah Mohamad Danial Mohd Zaini (Danial), Achmad Rusli (Mad Sabah), Mohd Hafiz Abdul Ghan (AG Hafiz) dan Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim (Fikry).

Terdahulu, Danial yang mendapat undian tertinggi berjaya mengekalkan persembahan yang konsisten sejak tiga minggu lalu berjaya menempah tiket ke peringkat akhir dan menepati ramalan.

Manakala, dua lagi peserta iaitu Mohd Saffuan Samsudi (Wan Gegau) dan Mohd Nornizam Mohd Yusof (Nizam) hanya bertahan pada minggu separuh akhir dan terpaksa meninggalkan empat rakan mereka yang lain.

Mengulas mengenai penyingkirannya itu, Nizam berkata, dia akur dengan keputusan yang diterima meskipun sedar cara lawak yang disampaikan agak kasar dan sedikit berunsur lucah.

“Saya tidak menafikan andai cara saya berlawak itu menyebabkan markah yang saya terima tidak banyak. Pada saya setiap orang punya pandangan masing-masing. Apa yang saya cuba sampaikan dengan niat supaya orang ramai berfikir maksud di sebalik lawak yang saya sampaikan dengan cara positif,” katanya.

Wan Gegau pula berkata meskipun rezekinya setakat di peringkat separuh akhir tidak bermakna bidang lawaknya terhenti.

“Saya akan kekal berlawak seperti biasa dan akan terus menyertai apa juga pertandingan lawak yang ada. Jika bukan rezeki sebagai pelawak mungkin saya boleh menjadi pelakon komedi, InsyaAllah,” katanya.

Lawak Solo akhir akan disiarkan secara langsung di Astro Warna (132) dan Mustika HD (134) bermula jam 10 malam.

Program dipancarkan terus daripada Studio Sound Stage, Finas, Hulu Kelang, Ampang, Selangor.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");