Sukan Hari Ini

Fokus misi benam Mesir

Kuala Lumpur: Meskipun tewas besar kepada Belanda ketika aksi pertama Piala Dunia Remaja kelmarin, senario itu tidak mematahkan semangat barisan pemain negara untuk bangkit semula meraih tiga mata penuh apabila bertemu Mesir hari ini.

Ketua jurulatih skuad negara Wallace Tan menegaskan beliau tetap memuji persembahan barisan pemainnya walaupun tewas 2-7 kepada Belanda.

“Saya dapati momentum pemain mula bagus pada lewat permainan. Setiap anggota pasukan bermain bersungguh-sungguh.

“Dua gol Belanda menerusi pukulan sudut penalti adalah daripada kesilapan kita sendiri.

“Kini fokus akan beralih kepada pertemuan dengan Mesir. Bagi kami, setiap perlawanan sangat penting dan semua pasukan beraksi di Piala Dunia yang terbaik,” katanya.

Namun ketika Wallace mengharapkan keputusan positif bertemu Mesir, skuad negara kemungkinan besar tidak dapat menggunakan khidmat pakar pukulan sudut penalti Muhammad Syafiq Syed Cholan yang mengalami kecederaan di kaki kiri ketika bertemu Belanda.

“Saya harap dapat pulih sepenuhnya dan mampu beraksi untuk perlawanan bertemu Mesir,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");