Isu Panas

‘Gabung PKR – Amanah tak berbangkit’

SHAH ALAM – Parti Amanah menegaskan idea penggabungan parti itu dengan PKR tidak perlu dibangkitkan lagi.

Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, namun begitu beliau tetap berterima kasih kepada Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang melahirkan pandangan mengenai idea tersebut.

“Amanah bersama-sama PKR dan DAP menubuhkan Pakatan Harapan. Sekarang ini dengan kehadiran parti Bersatu bersama Pakatan Harapan telah menjadikan peranan Amanah dan semua parti-parti dalam Pakatan Harapan dan Bersatu semakin penting dalam usaha untuk menumbangkan BN.

“Oleh yang demikian saya sebagai mewakili pimpinan dan ahli-ahli parti, merasakan isu pergabungan Amanah dan PKR tidak berbangkit sama sekali. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih dan mengharapkan hubungan yang kukuh antara kita akan kekal seutuhnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Azmin yang menyatakan idea penggabungan PKR-Amanah wajar dipertimbangkan.

Menurut Azmin, idea itu perlu diteliti kerana melibatkan soal kedinamikan parti dan sesebuah pertubuhan yang demokratik perlu bersikap terbuka.

Sebelum ini Timbalan Ketua AMK, Dr Afif Bahardin menyatakan cadangan supaya PKR dan Amanah bergabung dibangkitkan dalam mesyuarat dalaman partinya.

Kata Afif, penggabungan itu dicadangkan kerana ada pimpinan PKR berpendapat kedua-dua parti berkongsi nilai sama, termasuk pandangan terhadap Islam yang sederhana serta sifat pelbagai kaumnya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");