Jenayah

Gadis hidup dalam besen meninggal dunia

KANO – NIGERIA. Seorang remaja perempuan yang terpaksa hidup di dalam besen akibat penyakit misteri yang menyebabkan anggota badannya tidak membesar secara normal dilaporkan meninggal dunia.

Rahma Haruna mula meraih perhatian selepas fotonya dirakam jurugambar Sani Maikatanga dikongsi di dalam talian.

Menerusi laman mikro Twitter jurugambar itu, Sani mengumumkan remaja itu telah meninggal dunia Ahad lalu.

“Rahma Haruna,19 tahun meninggal dunia pada Ahad, 25 Disember 2016. Semoga rohnya diletakkan di syurga..amin,” tulis Sani dalam laman mikro Twitternya.

Gadis itu terseksa akibat penyakit misteri yang menyebabkan anggota badannya tidak membesar secara normal.

Rahma lahir sihat seperti bayi lain namun tumbesarannya terhenti secara tiba-tiba.

Akibat keadaan tersebut, Rahma menghabiskan masanya di dalam sebuah besen dan terpaksa diletakkan di atas kerusi roda untuk bergerak.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");